SEDEKAH BOLEH JADIKAN KITA KAYA
Ada beberapa rahsia untuk menjadi kaya tanpa kita duga.
Banyakkan bersedekah. Berikut ini beberapa dalil yang menyatakan dengan
bersedekah, seseorang itu boleh menjadi kaya atau dimurahkan rezekinya.
Sedekah Menjadi Sebab Allah
Membuka Pintu Rezeki
Sedekah
mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w.
bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci
rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada
setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada
orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan,
nescaya Allah menyedikitkan baginya.” H.R. ad-Daruquthni dari Anas r.a.
Sedekah
digandakan 700 kali ganda.
Fadhilat
bagi orang yang bersedekah amat besar seperti mana terdapat keterangan di dalam
al-Quran dan hadis. Jika kita amat amati ayat al-Quran berikut, kita akan dapat
mengira bahawa sekurang-kurangnya setiap harta yang dikeluarkan ke jalan Allah
akan dibalas dengan kiraan melebihi 700 kali ganda. Selain itu, mereka
dijandikan dengan kehidupan yang mudah:
Allah
Ta’ala berfirman: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang
menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang
menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah
melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas
(kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” . (Al Baqarah (2) : 261)
Allah
Lipat-gandakan Ganjaran orang yang Bersedekah.
“Sesungguhnya
orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan
kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya)
kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.”(Qs. Al Hadid: 18)
Rezeki
dimurahkan Allah s.w.t.
Firman
Allah s.w.t.: “Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, pasti akan ditunjuki
kepada mereka jalan keluar. Dan diberi rezeki kepada mereka daripada jalan yang
tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah
akan mencukupi baginya”. (At-Talaq:2-3)
Di
dunia, mereka yang bersedekah akan dimurahkan rezeki oleh Allah dalam
kehidupannya. Faedah ini dijelaskan oleh Jabir Abdullah katanya: “Rasulullah
berucap kepada kami, sabdanya: Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah
sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk
(dengan yang lain), dan jalinkanlah hubungan di antara kamu dengan Tuhan kamu
dengan sentiasa mengingatinya (berzikir) dan banyakkan bersedekah secara
bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi
kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu
dengan balasan yang berganda-ganda.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Keberkatan
Dalam Rezeki.
Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan
adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah
banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan
susah meskipun banyak harta.
Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi
tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya.
Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman ‘Bukankah Aku
lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?’ Nabi Ayub mejawab ‘Ya benar,
demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu’. Kisah ini
menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh
Allah.
Kaya
Jiwa
Kekayaan
bukanlah sesuatu yang harus diidam-idamkan oleh seseorang Islam kerana kekayaan
boleh membawa kerosakan kepada seseorang sekiranya tidak menurut jalan yang
betul. Islam lebih melihat kekayaan dari segi kekayaan jiwa. Hadis Abu Hurairah
r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Kekayaan itu bukanlah
kerana mempunyai banyak harta tetapi kekayaan yang sebenarnya adalah kekayaan
jiwa. (Sahih Muslim.)
Dari aspek harta-benda, kekayaan jika disalurkan ke jalan yang
betul akan memberi seseoang pahala yang banyak, terutamanya jika digunakan
untuk bersedekah.
Berzikir
dan Banyak Bersedekah dalam Sembunyi dan Terang
Hadis
berikut ini pula menyeru kita agar rajin bersedekah kerana Allah akan memberi
kita rezeki dan kesenangan melalui bersedekah. “Wahai manusia, bertaubatlah
kepada Allah, sebelum kamu mati. Bersegeralah melakukan amalan amalan salih
sebelum kamu kesibukan dan hubungilah antara kamu dengan Tuhan kamu dengan
membanyakkan sebutan (zikir) kamu kepadaNya dan banyak bersedekah dalam
bersembunyi dan terang-terangan, nanti kamu akan diberi rezeki, ditolong dan diberi
kesenangan.” H.R Ibnu Majah.
Sumber: https://rahsiasedekah.wordpress.com
No comments:
Post a Comment