Salah satu daripada syarat ibadat
ialah melakukan pekerjaan atau amalan itu dengan sebaik-baiknya, di mana
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : ‘Sesungguhnya Allah menyukai
seseorang daripada kamu apabila ia melakukan sesuatu pekerjaan/amalan ia
lakukan dengan penuh tekun”. Yakni ia lakukan dengan sebaik-baiknya (bertindak
cemerlang).”
Apabila sesuatu perkara itu di
sukai oleh Allah, maka sewajarnya kita berlumba-luba melakukannya, sebab kita
diwajibkan mencari keredhaan Allah (kesukaan Allah). Jadi melakukan sesuatu
pekerjaan/amalan dengan sebaik-baiknya (bertindak cemerlang) adalah diwajibkan
juga kerana ia termasuk di dalam mencari keredhaan Allah.
Dalam hadis Nabi S.A.W yang lain
ertinya: “Sesungguhnya Allah mewajibkan berlaku ihsan (cemerlang) ke atas
segala sesuatu, apabila kamu membunuh maka perelokkan pembunuhan,apabila kamu
menyembelih, perelokkan penyembelihan dan hendaklah kamu tajamkan pisau dan
rehatkan binatang sembelihan.”(riwayat Muslim)
Dalam hadis ini, Rasullullah
S.A.W menegaskan bahawa Allah mewajibkan kita melakukan dengan sebaik-baiknya
dalam segala hal. Bila Allah mewajibkan sesuatu, bermakna ia adalah satu
perintah yang mesti kita laksanakan sehingga jika tidak, ia adalah satu dosa.
Contohnya seperti yang di sebutkan dalam hadis itu sehinggakan dalam hal
sembelihan pun hendaklah dilakukan dengan sebaik-baiknya.
Kalau dalam hal sembeliahan pun
kita kena melakukan dengan sebaik-baiknya, apatah lagi dalam perkara yang lebih
besar dan utama. Fikir-fikirkan ya!
No comments:
Post a Comment