Tuesday, October 13, 2015

KITA ADALAH AMANAH ALLAH




Firman Allah di dalam surah An-Nisa ayat 58 yang bermaksud,
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyampaikan atau menunaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan menyuruh kamu melaksanakan sesuatu hukum itu dengan adil. Sesungguhnya Allah telah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

Melalui ayat ini, Allah memerintahkan setiap orang Muslim supaya menunaikan Amanah atau tanggungjawab yang berkaitan dengan segala urusan hidup di muka bumi ini. Dalam hal ini, segala tanggungjawab itu hendaklah di sempurnakan dengan adil dan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya kerana perintah Allah. Ianya merupakan sebaik-baik pengajaran, tambahan pula segala urusan makhluk di muka bumi ini telah digariskan oleh-Nya di dalam Al-Quran dan juga Hadith yang berupa dustur atau perlembagaan yang mesti diikuti sebagai panduan hidup yang cukup lengkap dan sempurna untuk diikuti. Oleh sebab itu segala urusan itu hendaklah di sempurnakan supaya terlepas dari azab seksa di akhirat kelak.

Ayat ini juga merupakan pokok segala hukum yang terkandung semua urusan agama dan syariat Allah. Justeru sebagai khalifah di muka bumi imi, manusia telah dibebani Amanah oleh Allah, terutama para pemimpin yang menjalankan urusan manusia.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “ Ketahuilah! Setiap kamu adalah pengembala (pemimpin) dan setiap kamu akan di tanya tentang kepimpinan itu. Seorang Amir (penguasa) yang berkuasa terhadap rakyat akan di tanya tentang kepimpinannya. Seorang lelaki (suami) adalah pemimpin keluarganya, dia akan di tanya mengenainya, seorang wanita (isteri) adalah pemimpin rumah suaminya dan anak-anaknya, maka dia akan di tanya mengenainya, setiap hamba memimpin atas harta tuannya dan ia akan di tanya mengenainya, maka ketahuilah setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan di tanya tentang kepimpinannya itu.”
Dengan ini jelaslah di tegaskan setiap orang itu pemimpin dan ada amanahnya yang mesti di laksanakan.

Ulamak tafsir membahagikan amanah kepada tiga:

1.        Amanah Hamba Terhadap Tuhannya (Allah)
 Iaitu perjanjian semasa di alam roh untuk menjaga dan mengikuti suruhan Allah dan mencegah    kemungkaran serta menggunakan atau memanfaatkan anugerahNya semata-mata untuk mendekatkan  diri kepadaNYa, sesungguhnya penderhakaan kepada Allah merupakan suatu pencabulan hak Allah.

2.       Amanah Sesama Makhluk
Iaitu menyerahkan segala amanah (pertaruhan, simpanan atau kepercayaan) kepada yang berhak menerimanya, jauh daripada penipuan di samping menjaga rahsia dan seumpamanya.

3.     Amanah Terhadap Diri Sendiri
Iaitu ia memastikan bahawa diri hanya memilih yang terbaik bagi dirinya untuk kebaikan di dunia dan akhirat serta menghindari dirinya dari perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan pada diri.
Dalam ayat ini juga Allah memerintahkan khususnya kepada para pemerintah, hakim dan juga para Kadhi apabila menghukum hendaklah dengan adil serta jauh daripada kepentingan sendiri dan pilih kasih.

Sesungguhnya kejujuran dan keikhlasan dalam melaksanakan tugas adalah amat penting dalam kehidupan masyarakat. Ia merupakan tanda seseorang itu beriman atau sebaliknya. Imam Bukhari ada meriwayatkan bahawa keikhlasan dalam menunaikan amanah dan menepati janji adalah dalil keimanan yang tinggi kepada Allah.

Natijah keimanan ini akan dikecapi kemanisannya oleh seluruh masyarakat umpama jiwa yang satu, manakala natijah mengkhianati amanah ini menunjukkan kurangnya iman yang menjadi tanda sesebuah masyarakat itu menghadapi krisis. Situasi seperti inilah yang didapati menghinggapi masyarakat Islam hari ini, fenomena ini berlaku akibat daripada ibadah yang dilakukan tidak diimplementasikan sebagaimana di tuntut oleh Islam.

Amanah adalah asas pembangunan negara, manakala mengkhianatinya akan mengakibatkan runtuhnya sesebuah negara.

Penapis Udara TERLARIS


Penapis Air TERLARIS


Sila <<Klik>> untuk maklumat produk.

Sunday, October 11, 2015

Kecemerlangan adalah satu Ibadah


Salah satu daripada syarat ibadat ialah melakukan pekerjaan atau amalan itu dengan sebaik-baiknya, di mana Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : ‘Sesungguhnya Allah menyukai seseorang daripada kamu apabila ia melakukan sesuatu pekerjaan/amalan ia lakukan dengan penuh tekun”. Yakni ia lakukan dengan sebaik-baiknya (bertindak cemerlang).”
Apabila sesuatu perkara itu di sukai oleh Allah, maka sewajarnya kita berlumba-luba melakukannya, sebab kita diwajibkan mencari keredhaan Allah (kesukaan Allah). Jadi melakukan sesuatu pekerjaan/amalan dengan sebaik-baiknya (bertindak cemerlang) adalah diwajibkan juga kerana ia termasuk di dalam mencari keredhaan Allah.

Dalam hadis Nabi S.A.W yang lain ertinya: “Sesungguhnya Allah mewajibkan berlaku ihsan (cemerlang) ke atas segala sesuatu, apabila kamu membunuh maka perelokkan pembunuhan,apabila kamu menyembelih, perelokkan penyembelihan dan hendaklah kamu tajamkan pisau dan rehatkan binatang sembelihan.”(riwayat Muslim)
Dalam hadis ini, Rasullullah S.A.W menegaskan bahawa Allah mewajibkan kita melakukan dengan sebaik-baiknya dalam segala hal. Bila Allah mewajibkan sesuatu, bermakna ia adalah satu perintah yang mesti kita laksanakan sehingga jika tidak, ia adalah satu dosa. Contohnya seperti yang di sebutkan dalam hadis itu sehinggakan dalam hal sembelihan pun hendaklah dilakukan dengan sebaik-baiknya.


Kalau dalam hal sembeliahan pun kita kena melakukan dengan sebaik-baiknya, apatah lagi dalam perkara yang lebih besar dan utama. Fikir-fikirkan ya!